Voting

Saturday, April 23, 2011

JENIS KURMA (Types of Dates)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salah satu oleh-oleh khas Tanah Suci yang biasanya dicari jamaah haji adalah kurma Madinah. Disebut kurma Madinah kerana buahnya yang lebih besar, dan kenyal. Rasanya pun manis dengan isi buah kering. Kurma ini tentu saja didatangkan dari Madinah.
 Pada kali ini, kita akan lihat beberapa jenis kurma yang datangnya dari kota Madinah.

= = Safawi = =
Kurma Safawi berwarna gelap dan berbentuk oval dengan kulit keriput dan isinya terasa manis dan kenyal. Teksturnya seperti buah prune.

= = Sukhari = =
Kurma jenis ini popular di kalangan Arab kerana buahnya keras berbentuk kerucut dan berkerut. kulitnya berwarna kuning dan isinya tidak terlalu manis. Dari sudut pengertian ARAB, yang bermaksud manis, kurma Sukkari juga dikenali sebagai KURMA RAJA.

= = Khalas = =
Biasanya dimakan bersama kopi Arab, kurma jenis ini berwarna coklat keemasan, memiliki kulit yang halus dan renggang dengan isinya. Isinya pula lembut dan terasa seperti gula. 

= = Ajwa = =
dikenali oleh umat Islam sebagai kurma Suci, Ajwa memiliki tekstur kulit yang halus dan berwarna coklat gelap hingga hitam. rasanya manis seakan-akan kismis.

Begitula serba sedikit jenis-jenis kurma yang terdapat di tanah suci Madinah. Kurma mempunyai SERIBU MACAM kelebihan dan rahsia. Jadikan kurma makanan harian sebagai pencuci mulut. amalkanlah memakan makanan yang sihat, kerana ianya membantu mensucikan hati dan nurani. 


wallahualam..

No comments:

Post a Comment